Monday, October 15, 2012

Blog sebagai pentas perkongsian...

Di kala ramai pelayar internet memilih Fesbuk sebagai tempat bersosial dan membangunkan jaringan, saya pula lebih selesa untuk menjadikan blog sebagai tempat perkongsian. 

Memang saya juga agak aktif 'mengemaskini' Fesbuk saya, tetapi dari segi kandungan dan gambar-gambar, saya lebih suka menjadikan blog sebagi tempat saya merakam momen dan cerita tentang hobi saya menternak ayam serama. 
Facebook Serama Telok Mas
Ianya tidak lain dan tidak bukan kerana blog mempunyai muka surat (page) yang lebih tersusun ibarat sebuah jurnal yang mampu mengumpul catatan pengalaman yang saya lalui  berbanding fesbuk yang lebih sesuai dijadikan tempat merakam maklumat pendek dan pantas.

Berdasarkan sambutan yang agak baik sepanjang lebih setahun perkongsian saya di blog ini, saya bercadang menjadikan blog ini lebih aktif dan berperanan menjadikan tempat perkongsian cerita dan informasi tentang ayam serama yang sepatutnya diangkat sebagai ikon unggas warisan Malaysia.

Walaupun Malaysia sudah mempunyai haiwan warisan sebagai simbol negara iaitu Harimau (Malaya), saya berpendapat, ayam serama berpotensi di jadikan sebagai unggas warisan Maaysia lantaran asal usul ayam ini di-hybrid di Malaysia (secara lebih tepat di Kelantan).

Maka, sebuah pentas yang sesuai patut dibangunkan untuk menyediakan sedikit sebanyak maklumat tentang ayam serama yang boleh dikongsi bukan sahaja untuk peminat lama dan baru, tetapi juga untuk mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut bagaimanakah yang dikatakan sebagai ayam serama Malaysia.

Pertandingan serama di Thailand
(Courtesy by FB Deva Serama)
Sekarang ini, semakin banyak negara yang mula menyedari bahawa Malaysia mempunyai sejenis unggas kecil yang cantik bergaya yang dikenali sebagai SERAMA. Jika kita rajin melayari internet, kita akan mendapati negara seperti Thailand, Indonesia, Filipina, Kemboja, Myanmar, Turki, Belgium dan banyak lagi negara yang mula mempunyai ramai penternak atau mereka yang mula berjinak-jinak untuk memelihara ayam serama. Sebagai salah seorang peminat ayam serama, kita patut berbangga dengan perkembangan ini.

Mereka inilah yang sedang mencari sebanyak mungkin maklumat tentang ayam serama dan juga perkembangan terkini tentang ayam serama di negara asalnya iaitu Malaysia. Tetapi jika tidak ada satu platform di mana informasi tentang serama dicatat dan dikumpul secara berterusan, pasti ia menjadi satu kerugian besar kepada pembangunan hobi unik ini.

Justeru, saya amat berharap agar blog ini mampu menyediakan sedikit sebanyak maklumat dan dapat juga mempromosikan perkembangan ayam serama di Malaysia. Apatah lagi, jika dibandingkan dengan hobi memelihara haiwan  kesayangan (pets) yang lain, hobi ayam serama ini masih lagi jauh ketinggalan dari pelbagai sudut berbanding  pets yang lain.

Dengan itu, moga apa yang mampu saya kongsikan di blog ini di harap dapat memeriahkan lagi dan memberi manfaat buat perkembangan ayam serama di sentaro dunia. Menyedari bahawa ini hanyalah sekadar satu hobi, pasti banyak pekara yang sukar untuk saya penuhi.

No comments:

Post a Comment