Wednesday, October 31, 2012

Apa yang dilihat pengadil pada "peluru" anda di atas meja pertandingan?

Semua peminat ayam serama tahu dalam skema pertandingan kecantikan dan kesenian ayam serama terdapat 2 bahagian penting yang dinilai oleh pengadil.

1. Gaya
2. Aksesori


Saya puas juga cuba 'mengorek-gorek' maklumat detail tentang skema yang digunakan oleh kebanyakan pengadil ( masalahnya, di Malaysia, semenjak dahulu kita mempunyai 3-4 : ataupun lebih versi skema yang dijadikan panduan dalam menilai kecantikan dan kesenian ayam yang dipertandingkan).

Malangnya sehingga hari ini saya masih belum berjaya mendapatkannya dalam bentuk 'hitam putih'. (kebanyakan informasi tentang skema yang saya ketahui di perolehi melalui perbualan dan perkongsian dengan orang-orang lama dan berpengalaman di arena ini)

Sebagai seorang peminat baru setahun jagung, memahami keperluan dan kehendak pertandingan adalah penting supaya ayam yang dihasilkan d ireban kita dapat memenuhi skema kecantikan yang ditetapkan oleh penilai-penilai ayam serama yang berpengalaman.

Jadi semasa menbaca artikel-artikel lama, saya terjumpa satu artikel yang  menarik dari Blog Lawi Mas Serama Farm (LESF) yang boleh dijadikan sedikit panduan buat orang-orang yang masih 'blur' dengan ciri-ciri yang diperlukan supaya ayam yang kita bawa boleh berjuang untuk mendapatkan 'mata-mata' penting supaya ranking di dalam pertandingan terus meningkat naik.

                  ---------------------------XXXXXXX----------------------------------
Nota : Artikel ini ditulis sekitar tahun 2010. Harap maklum tentang informasinya.

Gaya Permarkahan penuh biasa diperuntukkan 25% tetapi setakat ini markah yang tertinggi adalah 23.5 sahaja. Gaya dikira dari segi bagaimana ayam tersebut beraksi seperti mengebas-mengebas tarik, berjalan dengan megah, tarik selam kepala untuk menampakkan dadanya yang besar, angkat kaki sebelah, tengkok bergetar,dsb. Kesemua itu dirangkum sebagai gaya..tetapi pengadil Perkas menambahkan satu lagi item iaitu berjalan di bawah. Kalau ayam itu duduk terpaku, walaupun tarik selam gila..markahnya mungkin 20 - 21 sahaja.


Tubuh : Pemarkahan penuh biasa diperuntuk 15%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 13.5 sahaja. Tubuh cantik dikira jika ayam tersebut boleh mengangkat dadanya hinggakan tidak menampakkan ruang di antara ekor dan belakang ayam tersebut. Kepala pula perlu melepasi aras kaki. Ekor tidak boleh melepasi aras kaki...orang sebelah sini kata tikam kepala...Jadi kedudukan kepala tu melebihi 90 darjah le.

PS: Saya tidak pasti samada ciri tubuh ayam serama disebut sebagai aksesori serama. Saya berpendapat, ia patut dibezakan kerana bentuk tubuh sangat berkait rapat dengan gaya ayam tersebut.

Aksesori Ayam Serama 

Ekor : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 15%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 13 sahaja. Ekor yang cantik mesti mempunyai lebih daripada 5 bilah/helai sebelah. Susunannya perlulah teratur...iaitu tersusun dengan rapi...tak boleh ada yang pendek ditengah-tengah...menampakkan susunan menaik...satu lagi ekor tu mesti le terbuka..tak boleh tertutup rapat atau mengucup..istilah yang biasa kita gunakan untuk ekor ialah bentuk daun sirih.

Lawi Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 10%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 8.5 sahaja. Lawi cantik mestilah lebih tinggi dari ekor pengapik lawi..sekurang-kurangnya 1 inci. Lawi perlulah tegak ke atas..dua lawi ini perlulah sama panjang..keras, halus dan tajam meruncing..istilah yang biasa digunakan untuk lawi ialah lawi pwdang dan lembing.

SayapPemarkahan penuh biasa diperuntukan 7%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 6 sahaja. Susunan sayap mesti kemas, Bulu pelepah pada sayap tidak menampakkan rongga, tidak terlalu singkat atau terlalu labuh...aras kaki digunakan sebagai penentu. Sayap yang cantik ialah apabila diluruskan ke bawah boleh menutupi kakinya dan tidak mencecah tanah. Mesti terpacak tegak 90 darjah.

Kepala Balung : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 10%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 8 sahaja. Balung cantik dikira apabila saiznya besesuai dengan muka ayam. Tidak tebal, berwarna merah terang untuk menunjukkan ianya sihat, Jejarinya melebihi daripada 5 bilah, Tegak, Tersusun dengan rapi...nampak keseragaman dalam susunannya.

Warna Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 8%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 7 sahaja. Warna kelas satu ialah warna-warna yang berkilat..seperti kuning, merah, ara, kumbang lilin, Warna kelas 2 ialah warna putih, kubing, warna kotor iaitu warna bercampur dengan warna hitam didadanya.

Bulu : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 5%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 4 sahaja. Bulu hendaklah kemas, bersih terutama hujung sayap dan bawah punggung, tidak merebang-rebang, kalau boleh bila kita lihat menampakkan kemas dan rapi...tip..mandikan ayam 3 atau 4 hari sebelum pertandingan...jangan mandikan sehari sebelum pertandingan..bulu tidak akan tersusun dengan rapi...nampak macam carik-carik.

KakiPemarkahan penuh biasa diperuntukan 5%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 4 sahaja. Warna kaki terang biasanya kuning, panjang, bersih, tegap bila berdiri, bengkok kurang markah, tidak lemah atau lembik bila berjalan.

p/s : biasanya markah tidak banyak beza di antara satu-satu ayam..dan kadang-kadang markahnya sama sahaja apabila dijumlahkan..cara menentukan pendahulunya ialah dengan melihat susun atur markahnya daripada gaya hingga ke kaki...kalau ayam 'W' gaya lebih tetapi kalah bahagian kaki dan ayam 'X' kakinya lebih tinggi daripada gaya, maka ayam 'W' dikira sebagai pendahulu begitu le seterusnya..akan tetapi jika kesemua ciri-ciri markahnya sama, cara timbangan lah yang terakhir kita gunakan..ayam yang teringgan dikira sebagai pemenang.

Sumber : Blog Lawi Emas Serama Farm 


Gaya dan Aksesori yang mantap
(Juara Kategori dan BOTB Bon Melaka tahun lepas)
Johan Kategori dan BOTB Selayang KL
Ayam aksesori mantap

No comments:

Post a Comment