Beberapa hari yang lepas, saya dan saudara Maizal dijemput ke Serama Park oleh Pok Ki (Abang Marzuki)  untuk menyaksikan rakaman program terbitan TV3 iaitu "Jalan-Jalan Cari Makan".
Sempat juga mencuri sedikit masa walau sms jemputan datang 'last minute'. 
Yang meriahnya, sesi 'makan-makan' yang biasanya menjadi inti progam tersebut seolah menjadi acara promosi memperkenalkan ayam serama..hahahaha.
Tidak sangka, seleberiti juga pelakon iaitu Iqram Dinzly yang mengacarakan program tersebut merupakan seorang peminat haiwan-haiwan peliharaan terutamanya haiwan dari kategori unggas.
Beliau nyata 'jatuh cinta' dengan kecantikan dan keunikan ayam serama.
Di bawah adalah beberapa foto yang sempat dirakamkan. 
| Itu dia...sempat juga bergambar bersama selepas puas bersembang panjang. PS : Peramah juga budak Iqram nie...  | 
| Sesi rakaman yang sedang berlangsung.. Makan Sup Serama...pergggg | 
![]()  | 
| Gaya Seleberiti. Seorang Pelakun dan seorang lagi Pencinta Serama (Sumber Foto : FB Raja Serama)  | 
![]()  | 
| Aksi Iqram di rumah Pok Ki... (sempat juga berkunjung di rumah  Pok Ki) (Sumber Foto : FB Raja Serama)  | 


No comments:
Post a Comment